Isnin, 13 Disember 2010

SALINDAH SET

SALINDAH
"Set Lengkap Rencana Pemakanan Dan Rawatan Ibu Hamil
Dari Awal Kehamilan Sehingga
Habis Pantang"


Sudah tentu anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa itu Salindah ? Siapa yang mencipta Salindah? Apa faedah dan kelebihan Salindah kepada ibu dan anak? Bagaimana cara dan prosedur pengambilannya yang sesuai dan terbaik? Dan seterusnya adakah Salindah mempunyai pantang larang?
Anda boleh ke laman testimonial untuk mendengar apa kata ibu-ibu yang telah menggunakan Salindah. Tidak hairanlah Salindah juga telah dikenali ramai dan mendapat banyak liputan media masa.
Salindah adalah sesuai untuk semua wanita hamil.


Salindah membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain.
Metod Perubatan Salindah ialah Homeopati , Biokimiadan Herbalisme
Kita sedia maklum bahawa memang ramai wanita hamil yang mengalami masalah dari awal mengandung sehingga lepas bersalin. Selalunya bermula dengan alahan pada awal trimester pertama mengandung, kemudian masalah praeklampsia yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan anak, sehingga ada yang menghidap masalah meroyan selepas bersalin.
Pengalaman ini sudah pasti kita ingin elakkan kerana ia akan menimbulkan trauma kepada ibu-ibu untuk menempuh pengalaman mengandung untuk kesekian kalinya. Sebaliknya pengalaman ini sewajarnya dinikmati dan dilalui dengan penuh rasa gembira dan selesa. Namun tidak semua wanita bertuah yang dapat menikmati saat dan detik seperti itu.
Paling ditakuti ialah apabila masalah ibu ini boleh membawa kesan negetif kepada bayi yang berada dalam kandungan sehingga ada yang menyebabkan berlaku kecacatan kekal. Seperti contoh penyakit " Down Syndrome ".
Itulah antara sebab kenapa ibu hamil ini perlukan makanan tambahan untuk memberikan tenaga dan rawatan kepada ibu malah membantu perkembangan dan tumbesaran bayi anda agar lebih sihat dan cergas. Menyedari masalah-masalah tersebut memerlukan satu penyelesaian yang positif, maka Pencipta Salindah telah berusaha membuat kajian secara ilmiah dan saintifik selama beberapa tahun.
Akhirnya pada tahun 1981 , Salindah telah diperkenalkan.Anda perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang faedah dan kelebihan yang diperolehi oleh ibu-ibu bijak yang mengambil Salindah sebagai pemakanan lengkapnya. Sila rujuk maklumat tentang pengambilan Salindah untuk semasa mengandung dan selepas mengandung.
Pencipta Salindah
Prof Dr Azizan Hj Ismail adalah pencipta Formula Salindah . Beliau adalah seorang tokoh homeopatiyang terkenal di Malaysia.
Bermula pada tahun 1976 sehingga 1980 beliau belajar homeopati dari Dewan Perubatan Homeopati Singapura . Kemudian memperoleh Doctor of Homeopathy dari Brantridge Forest School Sussex, England . Beliau juga mendapat Doktor Falsafah dari Open International University, Sri Lanka dan pelbagai anugerah berprestij yang jarang diperoleh oleh kebanyakan pengamal homeopati di Malaysia.
Sebagai usahawan, beliau menapak maju dengan tertubuhnya beberapa syarikat yang dimiliki, khususnya Sistem Era Edar Sdn Bhd . Di antara produk popular beliau ialah Examo, Salindah dan beberapa jenama yang menjadi bualan dan digemari ramai. Selain aktif dalam pertubuhan homeopati dan perniagaan, beliau turut melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Kehadiran beliau sebagai seorang pengamal yang berjaya dalam keusahawanan homeopati tiada bandingannya di Malaysia.
Kini beliau memiliki kilangnya sendiri iaitu Homeopathic Laboratories (M) Sdn. Bhd. (Pendaftaran No. ), yang beroperasi di alamat 58 dan 62, Taman Industri KEDA, Napoh, Jitra, Kedah. Kilang ini,ringkasnya Homeolab, telah beroperasi sejak 1998, dan mempunyai Lesen Pengilang No. MALLP20000700 serta Sijil PBKD 000554. Homeolab adalah sebuah kilang farmaseutikal yang memenuhi piawaian GMP (Amalan Pengilang Baik).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan